Al-Kafi dan Tatmim al-Kafi Syarah Hadis 40 
Imam Nawawi

نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا فَأَدَّاهَا كَمَا سَمِعَهَا

“Semoga Allah mencerahkan wajah orang yang mendengar kata-kataku lalu ia menghafalnya,kemudian menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana ia mendengarnya.”

BIOGRAFI PENGARANG 
KITAB HADIS 40 Imam Nawawi Rahimahullah Taala

Biodata Ringkas Pengarang Kitab

Nama penuh beliau ialah Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Marri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam al-Dimasyqi. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah di Nawa iaitu sebuah perkampungan yang terletak di Hauran, iaitu lebih kurang 50 km dari selatan Damsyiq. Sejak kecil lagi, beliau rajin menuntut ilmu, menghafaz al-Quran dan lain-lain.

Kesungguhan Belajar

Beliau membaca dan mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran daripada tuan -tuan gurunya dalam tempoh sehari semalam. Bahkan, dikatakan bahawa beliau tidak pernah tidur nyenyak selama dua tahun kerana kesungguhan yang amat tinggi dalam menuntut ilmu dan mendalami ilmu.

Rehlah Kehidupan

Kemudian beliau berhijrah ke Damsyiq pada tahun 649 Hijrah ketika berusia 19 tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Ini kerana Damsyiq pada ketika itu adalah bandar ilmu dan bandar ulama. Beliau membaca dan mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran daripada tuan-tuan gurunya dalam tempoh sehari semalam. Kemudian beliau berhijrah ke Damsyiq pada tahun 649 Hijrah ketika berusia 19 tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama.  

Kekuatan Ingatan

Imam al-Nawawi dikurniakan Allah SWT kekuatan daya ingatan dan kefaqihan dalam memahami serta menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam. Justeru, tidak hairanlah beliau menjadi rujukan dalam bidang Fiqh al-Syafie serta Fiqh al-Muqaran. Begitu juga penguasaannya dalam matan hadis, nama-nama perawi dengan erti kata yang lain beliau dapat menghimpunkan antara hadis riwayah dan dirayah. 

KENALI PENULIS

Tentang Penulis

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM, beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad ‘Ali Thani, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-‘Abbad dan ramai lagi.

SPESIFIKASI BUKU

Terjual Setakat Ini

0
UNIT!

ISI KANDUNGAN

Promosi

×